9. Kemudian Yosua berkata kepada umat, “Mari, dengarlah firman TUHAN, Allah kamu.
10. Apabila kamu maju kelak, Dia pasti akan mengusir orang Kanaan, Het, Hewi, Feris, Girgasi, Amori, dan Yebusi. Kamu akan tahu bahawa Allah yang hidup hadir di tengah-tengah kamu
11. apabila Tabut Perjanjian TUHAN alam semesta, digotong menyeberangi Sungai Yordan, mendahului kamu.
12. Sekarang pilihlah dua belas orang, seorang daripada tiap-tiap suku Israel.