10. Apabila kamu maju kelak, Dia pasti akan mengusir orang Kanaan, Het, Hewi, Feris, Girgasi, Amori, dan Yebusi. Kamu akan tahu bahawa Allah yang hidup hadir di tengah-tengah kamu
11. apabila Tabut Perjanjian TUHAN alam semesta, digotong menyeberangi Sungai Yordan, mendahului kamu.
12. Sekarang pilihlah dua belas orang, seorang daripada tiap-tiap suku Israel.
13. Apabila imam-imam yang menggotong Tabut Perjanjian TUHAN memasukkan kaki ke dalam air, Sungai Yordan akan berhenti mengalir; air yang mengalir dari hulu akan terbendung di satu tempat.”