Yosua 24:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)

4. lalu kepada Ishak Aku berikan dua orang anak, iaitu Yakub dan Esau. Aku memberi Esau perbukitan Edom sebagai tanah miliknya, tetapi Yakub, iaitu nenek moyang kamu dan anak-anaknya pergi ke Mesir.

5. Kemudian Aku mengutus Musa serta Harun, dan Aku mendatangkan bencana besar ke atas Mesir, tetapi Aku memimpin kamu keluar dari tempat itu.

6. Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir. Orang Mesir mengejar mereka dengan kereta kuda dan tentera berkuda. Tetapi apabila nenek moyang kamu tiba di Laut Gelagah,

7. mereka berseru kepada-Ku minta tolong; Aku mendatangkan kegelapan di antara mereka dan orang Mesir. Aku menutupi orang Mesir dengan air laut sehingga mereka mati lemas. Kamu tahu apa yang Aku lakukan terhadap Mesir.Lama sekali kamu tinggal di gurun.

Yosua 24