Yosua 24:28-31 Alkitab Berita Baik (BM)

28. Selepas itu Yosua menyuruh umat itu pulang, lalu masing-masing balik ke wilayah sendiri.

29. Kemudian Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal; dia berumur 110 tahun.

30. Yosua dikebumikan di tanahnya di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.

31. Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal dan selama hayat para pemimpin yang melihat segala perbuatan TUHAN untuk Israel, umat itu tetap mengabdi kepada TUHAN.

Yosua 24