17. TUHAN, Allah kita telah melepaskan nenek moyang kita dan kita sendiri daripada perhambaan di Mesir, dan kita telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. Dia telah melindungi kita dalam semua perjalanan kita melalui negeri-negeri asing.
18. Ketika kita menyerang negeri ini, TUHAN mengusir semua orang Amori yang tinggal di sini. Oleh itu, kami juga akan mengabdi kepada TUHAN; Dialah Allah kita.”
19. Kemudian Yosua berkata kepada umat itu, “Tetapi mungkin kamu tidak akan sanggup mengabdi kepada TUHAN. Dia Allah yang suci, dan Dia tidak akan mengampunkan dosa kamu. Dia tidak mahu ada saingan.
20. Jika kamu meninggalkan Dia lalu mengabdi kepada tuhan-tuhan bangsa asing, Dia akan menentang kamu dan menghukum kamu. Dia akan membinasakan kamu, walaupun dahulu Dia baik terhadap kamu.”
21. Umat itu menjawab, “Tidak. Kami akan tetap mengabdi kepada TUHAN.”
22. Yosua berkata kepada mereka, “Kamu menjadi saksi kamu sendiri bahawa kamu telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN.”Mereka menjawab, “Ya. Kami menjadi saksi.”
23. Yosua berkata lagi, “Jika demikian, buanglah tuhan-tuhan bangsa asing yang ada pada kamu dan berjanjilah untuk setia kepada TUHAN, Allah Israel.”
24. Kemudian umat itu berkata kepada Yosua, “Kami akan mengabdi kepada TUHAN, Allah kita. Kami akan mematuhi perintah-Nya.”
25. Maka pada hari itu, Yosua membuat satu perjanjian untuk umat itu di Sikhem. Dia memberi mereka hukum dan peraturan yang harus dipatuhi.
26. Yosua menuliskan perintah-perintah itu di dalam Kitab Taurat Allah. Kemudian Yosua mengambil sebuah batu yang besar dan menegakkannya di bawah pokok oak di tempat yang khusus untuk TUHAN.
27. Yosua berkata kepada semua orang itu, “Batu ini saksi kita. Batu ini telah mendengar segala firman TUHAN kepada kita. Oleh itu batu ini menjadi saksi terhadap kamu untuk mengingatkan kamu supaya tidak melawan Allah kamu.”
28. Selepas itu Yosua menyuruh umat itu pulang, lalu masing-masing balik ke wilayah sendiri.
29. Kemudian Yosua anak Nun, hamba TUHAN itu meninggal; dia berumur 110 tahun.
30. Yosua dikebumikan di tanahnya di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung Gaas.