Yosua 22:5-11 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Pastikanlah bahawa kamu taat kepada hukum yang diberikan oleh Musa: Kasihilah TUHAN, Allah kamu, laksanakanlah kehendak-Nya, patuhilah perintah-Nya, setialah kepada-Nya, dan mengabdilah kepada-Nya dengan sepenuh hati dan jiwa.”

9. Oleh itu orang daripada suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur pulang. Mereka meninggalkan umat Israel yang lain di Silo, di tanah Kanaan, lalu mereka pergi ke Gilead, ke tanah milik mereka sendiri, yang diterima mereka menurut perintah TUHAN melalui Musa.

10. Apabila suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur tiba di Gelilot, ketika masih di sebelah barat Sungai Yordan, mereka membina sebuah mazbah yang besar dan indah di tepi sungai itu.

11. Umat Israel yang lain diberitahu tentang hal itu, “Orang daripada suku Ruben, Gad, dan Manasye Timur telah membina sebuah mazbah di Gelilot dekat Sungai Yordan, di bahagian wilayah kita!”

Yosua 22