5. Puak Kehat yang lain menerima sepuluh buah kota dari wilayah Dan, Efraim, dan Manasye Barat.
6. Puak Gerson menerima tiga belas buah kota dari wilayah Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur.
7. Keluarga-keluarga daripada puak Merari menerima dua belas buah kota dari wilayah Ruben, Gad, dan Zebulon.
8. Demikianlah dengan membuang undi, umat Israel memberikan kota-kota itu dan padang rumput di sekelilingnya kepada suku Lewi, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN dengan perantaraan Musa.
9. Inilah nama kota-kota dari wilayah Yehuda dan Simeon yang diberikan
41-42. Dari tanah yang dimiliki umat Israel, sejumlah empat puluh lapan buah kota bersama dengan padang rumputnya telah diberikan kepada suku Lewi.
43. Demikianlah TUHAN memberi umat Israel seluruh tanah yang telah dijanjikan-Nya dengan sumpah kepada nenek moyang mereka. Setelah merebut tanah itu, mereka menetap di sana.
44. TUHAN memberi mereka keamanan di seluruh tanah itu sebagaimana yang dijanjikan-Nya kepada nenek moyang mereka. Tidak seorang musuh pun dapat melawan mereka, kerana TUHAN telah memberi umat Israel kemenangan atas semua musuh.
45. TUHAN menepati tiap-tiap janji-Nya kepada umat Israel.