33. Keluarga-keluarga daripada puak Gerson menerima sejumlah tiga belas buah kota bersama dengan padang rumputnya.
34. Puak lain daripada suku Lewi, iaitu puak Merari, menerima empat buah kota dari wilayah Zebulon: kota Yokneam, Karta,
35. Dimna, dan Nahalal, bersama dengan padang rumputnya.
36. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Ruben: kota Bezer, Yahas,
37. Kedemot, dan Mefaat, bersama dengan padang rumputnya.
38. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Gad: kota Ramot di Gilead, bersama dengan padang rumputnya (salah satu kota perlindungan), Mahanaim,
39. Hesybon, dan Yaezer, bersama dengan padang rumputnya.