2. Di Silo, di tanah Kanaan mereka berkata, “TUHAN memberikan perintah melalui Musa supaya kami diberikan kota-kota sebagai tempat tinggal dan padang rumput di sekeliling kota bagi ternakan kami.”
3. Oleh itu, menurut perintah TUHAN, umat Israel memberi suku Lewi beberapa buah kota dengan padang rumput di sekelilingnya daripada wilayah mereka sendiri.
4. Keluarga-keluarga daripada puak Kehat adalah yang pertama menerima kota-kota mereka. Keturunan Imam Harun menerima tiga belas buah kota dari wilayah Yehuda, Simeon, dan Benyamin.
5. Puak Kehat yang lain menerima sepuluh buah kota dari wilayah Dan, Efraim, dan Manasye Barat.
6. Puak Gerson menerima tiga belas buah kota dari wilayah Isakhar, Asyer, Naftali, dan Manasye Timur.
7. Keluarga-keluarga daripada puak Merari menerima dua belas buah kota dari wilayah Ruben, Gad, dan Zebulon.
8. Demikianlah dengan membuang undi, umat Israel memberikan kota-kota itu dan padang rumput di sekelilingnya kepada suku Lewi, sebagaimana yang diperintahkan TUHAN dengan perantaraan Musa.
9. Inilah nama kota-kota dari wilayah Yehuda dan Simeon yang diberikan
10. kepada keturunan Harun, iaitu salah satu keluarga daripada puak Kehat keturunan Lewi. Mereka mendapat bahagian yang pertama.
11. Mereka menerima kota Arba (Arba ialah bapa Enak), yang sekarang disebut Hebron, di kawasan perbukitan Yehuda, termasuk padang rumput yang di sekelilingnya.
12. Tetapi kawasan tanah lapang dan pekan-pekan di sekitar kota itu telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune sebagai miliknya.
13. Selain kota Hebron (salah satu kota perlindungan), kota-kota berikut telah diberikan kepada keturunan Imam Harun: kota Libna,
14. Yatir, Estemoa,
15. Holon, Debir,
16. Ain, Yuta, dan Bet-Semes bersama dengan padang rumput di sekelilingnya; semuanya sembilan buah kota daripada suku Yehuda dan Simeon.
17. Dari wilayah Benyamin, mereka menerima empat buah kota: kota Gibeon, Geba,
18. Anatot, dan Almon bersama dengan padang rumput di sekelilingnya.
19. Para imam keturunan Harun menerima tiga belas buah kota bersama dengan padang rumputnya.