Yosua 21:10-30 Alkitab Berita Baik (BM)

10. kepada keturunan Harun, iaitu salah satu keluarga daripada puak Kehat keturunan Lewi. Mereka mendapat bahagian yang pertama.

11. Mereka menerima kota Arba (Arba ialah bapa Enak), yang sekarang disebut Hebron, di kawasan perbukitan Yehuda, termasuk padang rumput yang di sekelilingnya.

12. Tetapi kawasan tanah lapang dan pekan-pekan di sekitar kota itu telah diberikan kepada Kaleb anak Yefune sebagai miliknya.

13. Selain kota Hebron (salah satu kota perlindungan), kota-kota berikut telah diberikan kepada keturunan Imam Harun: kota Libna,

14. Yatir, Estemoa,

15. Holon, Debir,

16. Ain, Yuta, dan Bet-Semes bersama dengan padang rumput di sekelilingnya; semuanya sembilan buah kota daripada suku Yehuda dan Simeon.

17. Dari wilayah Benyamin, mereka menerima empat buah kota: kota Gibeon, Geba,

18. Anatot, dan Almon bersama dengan padang rumput di sekelilingnya.

19. Para imam keturunan Harun menerima tiga belas buah kota bersama dengan padang rumputnya.

20. Keluarga lain daripada puak Kehat menerima beberapa buah kota dari wilayah Efraim.

21. Mereka menerima empat buah kota: kota Sikhem dan padang rumputnya di kawasan perbukitan Efraim (salah satu kota perlindungan), Gezer,

22. Kibzaim, dan Bet-Horon, bersama dengan padang rumputnya.

23. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Dan: kota Elteke, Gibeton,

24. Ayalon, dan Gat-Rimon, bersama dengan padang rumputnya.

25. Mereka menerima dua buah kota dari wilayah Manasye Barat: kota Taanakh dan Gat-Rimon, bersama dengan padang rumputnya.

26. Keluarga-keluarga daripada puak Kehat menerima sepuluh buah kota semuanya, bersama dengan padang rumputnya.

27. Satu lagi puak daripada suku Lewi, iaitu puak Gerson, menerima dua buah kota dari wilayah Manasye Timur: kota Golan di Basan (salah satu kota perlindungan) dan Beestera, bersama dengan padang rumputnya.

28. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Isakhar: kota Kisyon, Dobrat,

29. Yarmut, dan En-Ganim, bersama dengan padang rumputnya.

30. Mereka menerima empat buah kota dari wilayah Asyer: kota Misal, Abdon,

Yosua 21