1. Setelah menduduki negeri Kanaan, semua umat Israel berkumpul di Silo, lalu memasang Khemah TUHAN.
2. Masih ada tujuh suku Israel yang belum mendapat bahagian tanah.
3. Oleh itu Yosua berkata kepada umat Israel, “Berapa lama lagi kamu hendak menunggu sebelum mengambil tanah yang telah diberikan TUHAN, Allah nenek moyang kamu kepada kamu?
4. Lantiklah tiga orang daripada setiap suku. Aku akan menyuruh mereka ke seluruh tanah ini untuk meninjau dan mencatat batas-batas tanah yang hendak dimiliki mereka. Selepas itu mereka harus kembali kepadaku.
5. Tanah itu akan dibahagi menjadi tujuh bahagian: suku Yehuda akan tetap di wilayahnya di sebelah selatan dan suku Yusuf di wilayahnya di sebelah utara.
6. Catatlah keadaan tujuh kawasan tanah itu, lalu berikannya kepadaku. Aku akan membuang undi untuk mengetahui bahagian mana yang diperuntukkan TUHAN, Allah kita bagi setiap suku.