14. Keturunan Yusuf berkata kepada Yosua, “Mengapakah tuan memberi kami satu bahagian tanah saja sebagai milik kami? Bilangan kami besar kerana kami diberkati oleh TUHAN.”
15. Yosua menjawab, “Jika bilangan kamu besar dan perbukitan Efraim terlalu kecil bagi kamu, pergilah ke hutan di tanah orang Feris dan orang Refaim. Bukalah tanah baru di hutan mereka itu.”
16. Keturunan Yusuf menjawab, “Perbukitan itu tidak cukup besar bagi kami, tetapi orang Kanaan di dataran mempunyai kereta kuda daripada besi - baik orang Kanaan di Bet-Sean dan di pekan-pekan di sekitarnya, mahupun penduduk Lembah Yizreel.”