43. Yiftah, Asna, Nezib,
44. Kehila, Akhzib, dan Maresa; semuanya sembilan buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
45. Selain itu termasuk juga Ekron bersama dengan pekan-pekan dan kampung-kampungnya,
46. serta semua kota dan pekan di sekitar Asdod, dari Ekron sampai ke Laut Tengah.
47. Selain itu termasuk juga Asdod dan Gaza, bersama dengan pekan-pekan dan kampung-kampung di sekitar, sampai ke sungai kecil di sempadan Mesir dan pantai Laut Tengah.
48. Di kawasan perbukitan terdapat kota Samir, Yatir, Sokho,
49. Dana, Kiryat-Sana (atau Debir),
50. Anab, Estemoa, Anim,
51. Gosyen, Holon, dan Gilo; semuanya 11 buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
52. Selain itu termasuk juga kota Arab, Duma, Esan,
53. Yanum, Bet-Tapuah, Afeka,
54. Humta, Kiryat-Arba (iaitu Hebron), dan Zior; semuanya sembilan buah kota bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.
55. Selain itu termasuk juga Maon, Karmel, Zif, Yuta,
56. Yizreel, Yokdeam, Zanoah,
57. Kain, Gibea, dan Timna: semuanya sepuluh buah kota, bersama dengan pekan-pekan di sekelilingnya.