Yosua 14:3-4-13 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Demikianlah umat Israel membahagi-bahagikan tanah itu sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.

6. Pada suatu hari, beberapa orang daripada suku Yehuda menghadap Yosua di Gilgal. Kaleb anak Yefune, orang Kenas itu, berkata kepadanya, “Tuan tahu akan firman TUHAN kepada Musa, hamba Allah, tentang kita berdua semasa kita di Kades-Barnea.

7. Ketika Musa, hamba TUHAN, mengutus saya dari Kades-Barnea untuk mengintip negeri ini, saya berumur empat puluh tahun. Saya kembali kepadanya dengan membawa laporan yang benar,

8. sedangkan orang lain yang mengintip bersama-sama saya menakut-nakutkan umat Israel. Tetapi saya taat kepada TUHAN, Allah saya.

9. Oleh sebab itu, Musa berjanji bahawa saya dan anak-anak saya pasti akan mendapat tanah yang telah saya pijak itu sebagai milik kami.

Yosua 14