Yosua 13:14-22 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Musa tidak memberikan tanah kepada suku Lewi kerana menurut perintah TUHAN kepada Musa, mereka diberikan bahagian daripada korban-korban yang dibakar di atas mazbah untuk TUHAN, Allah Israel.

15. Musa telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.

16. Wilayah mereka meliputi Aroer (di tepi lembah Sungai Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu, termasuk seluruh dataran tinggi di sekitar Medeba.

17. Wilayah itu meliputi Hesybon dan semua kota di dataran tinggi: Dibon, Bamot-Baal, Bet-Baal-Meon,

18. Yahas, Kedemot, Mefaat,

19. Kiryataim, Sibma, Zeret-Hasahar di atas bukit di lembah itu,

20. Bet-Peor, lereng Gunung Pisga, dan Bet-Yesimot.

21. Wilayah itu juga meliputi semua kota di dataran tinggi dan seluruh kerajaan Raja Sihon, raja orang Amori yang pernah memerintah di Hesybon. Musa mengalahkan baginda dan penguasa-penguasa Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Semua orang ini pernah memerintah tanah itu bagi Raja Sihon.

22. Antara orang yang dibunuh oleh umat Israel ialah Bileam anak Beor, tukang tilik itu.

Yosua 13