12. Tanah mereka meliputi kerajaan Raja Og, raja yang pernah memerintah di Asytarot dan Edrei. Raja Og ialah keturunan yang terakhir sekali daripada orang Refaim. Musa telah mengalahkan semua orang itu dan mengusir mereka.
13. Tetapi orang Israel tidak mengusir penduduk Gesur dan Maakha; mereka masih tinggal di Israel.
14. Musa tidak memberikan tanah kepada suku Lewi kerana menurut perintah TUHAN kepada Musa, mereka diberikan bahagian daripada korban-korban yang dibakar di atas mazbah untuk TUHAN, Allah Israel.
15. Musa telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
16. Wilayah mereka meliputi Aroer (di tepi lembah Sungai Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu, termasuk seluruh dataran tinggi di sekitar Medeba.
17. Wilayah itu meliputi Hesybon dan semua kota di dataran tinggi: Dibon, Bamot-Baal, Bet-Baal-Meon,
18. Yahas, Kedemot, Mefaat,
19. Kiryataim, Sibma, Zeret-Hasahar di atas bukit di lembah itu,
20. Bet-Peor, lereng Gunung Pisga, dan Bet-Yesimot.
21. Wilayah itu juga meliputi semua kota di dataran tinggi dan seluruh kerajaan Raja Sihon, raja orang Amori yang pernah memerintah di Hesybon. Musa mengalahkan baginda dan penguasa-penguasa Midian: Ewi, Rekem, Zur, Hur, dan Reba. Semua orang ini pernah memerintah tanah itu bagi Raja Sihon.
22. Antara orang yang dibunuh oleh umat Israel ialah Bileam anak Beor, tukang tilik itu.
23. Sungai Yordan menjadi sempadan wilayah Ruben di sebelah barat. Itulah semua kota dan pekan yang diberikan kepada semua keluarga suku Ruben sebagai milik mereka.
24. Musa juga telah memberikan sebahagian tanah kepada keluarga-keluarga suku Gad sebagai milik mereka.
25. Wilayah mereka meliputi Yaezer, semua kota Gilead, separuh daripada tanah Amon sampai ke Aroer di sebelah timur Raba.