1. Umat Israel telah merebut dan menduduki wilayah di sebelah timur Sungai Yordan, dari Lembah Arnon sampai ke Lembah Yordan dan sejauh Gunung Hermon di utara. Mereka mengalahkan dua orang raja.
2. Raja yang seorang ialah Raja Sihon, raja orang Amori yang memerintah di Hesybon. Kerajaannya meliputi separuh daripada daerah Gilead: dari Aroer (di tepi lembah Arnon) dan kota di tengah-tengah lembah itu sampai ke Sungai Yabok, iaitu sempadan Amon;
3. termasuk juga Lembah Yordan, dari Tasik Galilea ke arah selatan sampai ke Bet-Yesimot (di sebelah timur Laut Mati) dan terus ke kaki Gunung Pisga.