38. Kemudian Yosua dan tenteranya kembali ke Debir dan menyerang kota itu.
39. Dia merebut kota itu dengan rajanya dan semua kota lain yang di sekitarnya. Mereka membunuh tiap-tiap orang di situ. Yosua memperlakukan Debir dan rajanya seperti dia memperlakukan kota Hebron dan Libna, serta raja-raja di sana.
40. Yosua menakluki seluruh tanah itu. Dia mengalahkan raja-raja di kawasan perbukitan, lereng-lereng bukit di sebelah timur, kaki-kaki bukit di sebelah barat dan juga tanah-tanah kering di sebelah selatan. Dia tidak membiarkan seorang pun hidup; dia membunuh tiap-tiap orang. Itulah perintah TUHAN, Allah Israel.
41. Yosua mengalahkan daerah-daerah dari Kades-Barnea di selatan sampai ke Gaza dekat pantai, termasuk seluruh daerah Gosyen, sampai ke Gibeon di utara.
42. Yosua menaklukkan semua raja itu dan negeri-negeri mereka dengan sekaligus kerana TUHAN, Allah Israel, bertempur untuk Israel.
43. Selepas itu Yosua dan tenteranya kembali ke perkhemahan di Gilgal.