Yohanes 9:1-13-14 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Semasa Yesus berjalan, Dia melihat seorang yang buta sejak lahir.

10. Mereka bertanya kepadanya, “Bagaimanakah kamu dapat melihat sekarang?”

11. Dia menjawab, “Orang yang bernama Yesus meliat sedikit tanah, lalu menyapukannya pada mata saya dan berkata, ‘Pergilah basuh mukamu di Kolam Siloam.’ Saya pun pergi, lalu sebaik sahaja saya membasuh muka, saya dapat melihat.”

12. Mereka bertanya, “Di manakah orang itu?”Dia menjawab, “Saya tidak tahu.”

13-14. Yesus meliat tanah dan mencelikkan mata seorang buta pada hari Sabat. Oleh itu, orang yang tadinya buta dibawa kepada beberapa orang Farisi.

Yohanes 9