19. Bukankah Musa yang memberikan Taurat kepada kamu? Tetapi tidak seorang pun antara kamu yang mentaati Taurat itu. Mengapakah kamu mahu membunuh Aku?”
20. Orang ramai itu menjawab, “Kamu dirasuk syaitan! Siapa mahu membunuh kamu?”
21. Yesus berkata kepada mereka, “Aku melakukan suatu mukjizat, lalu kamu semua hairan.
22. Musa memberikan peraturan bersunat. Oleh itu pada hari Sabat pun kamu mahu menyunat anak lelaki kamu. (Sebenarnya peraturan bersunat bukan berasal daripada Musa tetapi daripada nenek moyang kamu sebelum Musa.)