Yohanes 2:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana.

2. Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut.

3. Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.”

4. Yesus menjawab, “Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.”

5. Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, “Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.”

6. Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air.

7. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh.

8. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis.” Mereka membawa air itu kepada ketua majlis.

Yohanes 2