25. Memang sudah seharusnya demikian, supaya berlakulah apa yang tertulis di dalam Taurat mereka, ‘Mereka membenci Aku tanpa alasan.’
26. Aku akan mengutus Penolong yang berasal daripada Bapa kepada kamu. Dia Roh yang akan menunjukkan apa yang benar tentang Allah. Apabila Dia datang, Dia akan memberikan kesaksian tentang Aku.
27. Kamu pun akan memberikan kesaksian tentang Aku, kerana kamu semua bersama-sama Aku sejak permulaan.