10. Leburlah mata bajak untuk dijadikan pedang,dan juga sabit untuk dijadikan tombak.Hendaklah orang yang lemah turut berkata: Aku pahlawan.
11. Marilah segera,hai bangsa-bangsa di sekitar,berkumpullah di lembah.’ ”Ya TUHAN, kirimlah tentera-Mu untuk menyerang mereka.
12. TUHAN berfirman lagi, “Bangsa-bangsa mesti bersiapdan datang ke Lembah Penghakiman.Di sana Aku, TUHAN akan duduk dan menghakimi,semua bangsa di sekitar.
13. Mereka sangat kejam,potonglah mereka seperti gandum pada musim menuai;peraslah mereka seperti buah anggur di tempat memeras buah anggur sehingga wain melimpah.”
14. Beribu-ribu orang berada di Lembah Penghakiman.Di sanalah Hari TUHAN akan segera datang.
15. Matahari dan bulan menjadi gelap,dan bintang-bintang tidak lagi bercahaya.
16. Suara TUHAN bergemuruh dari Bukit Sion;Dia mengguntur dari Yerusalem;langit dan bumi bergoncang,tetapi Dia akan melindungi umat-Nya.
17. “Oleh itu hai Israel,barulah kamu tahu,bahawa Akulah TUHAN,Allah kamu.Aku tinggal di Sion,bukit-Ku yang suci.Yerusalem akan menjadi kota yang suci;orang bangsa asing tidak sekali-kaliakan merampasnya lagi.
18. Pada masa itu gunung akan diliputi ladang anggur;ternakan akan terdapat di tiap-tiap bukit;semua sungai di Yehuda akan penuh air.Sebatang sungai akan mengalir dari Rumah TUHAN;sungai itu akan mengairi Lembah Akasia.
19. Mesir akan menjadi padang gurun,dan Edom menjadi timbunan puing,kerana mereka telah menyerang Yehudadan membunuh penduduknya yang tidak bersalah.