Yoel 3:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman,“Pada masa itu Aku akan memulihkan kemakmuranYehuda dan Yerusalem.

2. Aku akan mengumpulkan semua bangsadan membawa mereka ke Lembah Penghakiman.Aku akan menghakimi mereka di situkerana segala perbuatan mereka terhadap umat-Ku.Mereka telah membuang umat-Ku ke berbagai negeri,dan membahagi-bahagikan tanah Israel, negeri milik-Ku.

3. Mereka membuang undi untuk menentukanpemilik orang tawanan.Mereka menjual budak lelakidan perempuan supaya dijadikan abdi.Mereka menggunakan wang yang diperolehuntuk membayar pelacur dan membeli wain.

4. Apakah yang kamu cuba lakukan kepada-Ku, hai Tirus, Sidon, dan seluruh wilayah Filistea? Adakah kamu cuba membalas dendam terhadap Aku? Jika demikian, Aku akan membalas kamu dengan segera.

5. Kamu telah merampas emas dan perak-Ku, serta membawa harta kekayaan-Ku ke dalam rumah berhala kamu.

6. Kamu telah membawa penduduk Yehuda dan Yerusalem ke tempat yang jauh, serta menjual mereka kepada orang Yunani.

7. Tetapi sekarang Aku membawa mereka keluar dari tempat-tempat kamu menjual mereka. Aku akan membalas kejahatan kamu terhadap mereka.

8. Anak-anak lelaki dan perempuan kamu akan dijual kepada orang Yehuda; orang Yehuda pula akan menjual mereka kepada Syeba, negeri yang sangat jauh. Aku, TUHAN telah berfirman.

9. Umumkanlah hal ini kepada bangsa-bangsa,‘Bersiaplah untuk berperang,panggillah para pahlawan kamu;kumpulkanlah semua askar, dan maralah!

10. Leburlah mata bajak untuk dijadikan pedang,dan juga sabit untuk dijadikan tombak.Hendaklah orang yang lemah turut berkata: Aku pahlawan.

Yoel 3