18. Kemudian TUHAN menunjukkan bahawa Diamengambil berat tentang tanah-Nya;Dia mengasihani umat-Nya.
19. Dia menjawab mereka,“Sekarang Aku hendak memberi kamu gandum, wain, dan minyak zaitun,lalu kamu akan dikenyangkan.Bangsa-bangsa lain tidak akan menghina kamu lagi.
20. Aku akan menjauhkan pasukan belalangyang datang dari utara.Aku akan mengusir sebilangan daripada pasukan ituke padang gurun.Barisan hadapan pasukan itu akan dihalausampai tenggelam di Laut Mati,dan barisan belakangtenggelam di Laut Tengah.Belalang yang mati akan menjadi busuk.Aku akan membinasakan pasukan itukerana segala perbuatannya terhadap kamu.
21. Hai ladang, jangan takut;bersukacitalah dan bergembiralah,kerana perkara besar yang dilakukan TUHAN untukmu.
22. Hai binatang, jangan takut;kerana padang rumput kini hijau,pokok mengeluarkan buah,dan buah ara serta buah anggur pun banyak.