5. Hai pemabuk, bangunlah!Hai peminum wain, menangislah!Wain yang barusudah dirampas dari mulut kamu.
6. Suatu bangsa telah menyerang negeri kita;bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya;gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.
7. Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.
8. Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.
9. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.
10. Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.
11. Hai petani, berdukacitalah;hai pekebun anggur, menangislah,kerana gandum, barli,dan semua tanaman sudah musnah.
12. Pokok buah-buahan di ladang sudah layu semuanya;pokok anggur, pokok epal, pokok ara, pokok kurma, dan pokok delima,maka rakyat tidak lagi gembira.
13. Hai imam-imam yang bertugas di mazbah,pakailah kain guni dan menangislah.Masuklah ke dalam Rumah TUHANdan merataplah semalam suntuk.Tiada lagi gandum dan wainuntuk dipersembahkan kepada Allah kamu.
14. Berikanlah perintah untuk berpuasa;adakan satu perhimpunan.Suruhlah para pemimpindan semua penduduk Yehudadatang ke Rumah TUHAN,Allah kamudan berseru mohon pertolongan-Nya.
15. Hari TUHAN sudah dekat,ketika Yang Maha Kuasa, mendatangkan kehancuran.Alangkah ngerinya hari itu!