Yoel 1:4-13 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Kawanan belalang yang tidak terhitung jumlahnyahinggap di ladang-ladang dan melahap hasilnya.Apa yang ditinggalkan kawanan ini,dihabiskan oleh kawanan yang lain lagi.

5. Hai pemabuk, bangunlah!Hai peminum wain, menangislah!Wain yang barusudah dirampas dari mulut kamu.

6. Suatu bangsa telah menyerang negeri kita;bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya;gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.

7. Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.

8. Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.

9. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.

10. Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.

11. Hai petani, berdukacitalah;hai pekebun anggur, menangislah,kerana gandum, barli,dan semua tanaman sudah musnah.

12. Pokok buah-buahan di ladang sudah layu semuanya;pokok anggur, pokok epal, pokok ara, pokok kurma, dan pokok delima,maka rakyat tidak lagi gembira.

13. Hai imam-imam yang bertugas di mazbah,pakailah kain guni dan menangislah.Masuklah ke dalam Rumah TUHANdan merataplah semalam suntuk.Tiada lagi gandum dan wainuntuk dipersembahkan kepada Allah kamu.

Yoel 1