16. Tanaman dimusnahkan di depan mata kita.Tiada lagi sorak gembira di dalam Rumah Allah kita.
17. Benih mati di tanah yang gersang.Tiada lagi gandum untuk disimpan;jelapang kosong menjadi reruntuhan.
18. Binatang ternakan melenguh dan gelisah,kerana tiada lagi padang rumput bagi semuanya;kawanan domba pun menderita.
19. Aku berseru kepada-Mu, ya TUHAN,kerana padang rumput dan pokok sudah kering dan mati,seolah-olah dibakar api.
20. Bahkan binatang liar pun berseru kepada-Mu,kerana sungai-sungai sudah kering,dan padang rumput di gurun sudah dibakar api.