Yoel 1:1-10 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Inilah perkhabaran TUHAN kepada Yoel anak Petuel.

2. Dengarkanlah, hai orang tua;dengarkanlah, hai semua orang di Yehuda.Pernahkah perkara seperti ini berlaku pada zaman kamu,atau pada zaman nenek moyang kamu?

3. Ceritakanlah kejadian ini kepada anak-anak kamu,agar mereka menceritakannya kepada anak-anak mereka,dan anak-anak mereka pula menceritakannya kepada generasi selanjutnya.

4. Kawanan belalang yang tidak terhitung jumlahnyahinggap di ladang-ladang dan melahap hasilnya.Apa yang ditinggalkan kawanan ini,dihabiskan oleh kawanan yang lain lagi.

5. Hai pemabuk, bangunlah!Hai peminum wain, menangislah!Wain yang barusudah dirampas dari mulut kamu.

6. Suatu bangsa telah menyerang negeri kita;bangsa yang kuat dan tidak terhitung bilangannya;gigi mereka itu tajam seperti gigi singa.

7. Pokok anggur kita telah dimusnahkan,dan pokok ara kita dirosakkan.Kulit batang pokok telah dikupas,sehingga cabang-cabang menjadi putih.

8. Hai semua orang, menangislah,seperti gadis yang meratapi kematian tunangannya.

9. Tiada lagi gandum dan wain untuk dipersembahkan di Rumah TUHAN;para imam menangis kerana tidak mempunyai persembahan untuk TUHAN.

10. Ladang-ladang kosong;tanah berkabungkerana gandum sudah musnah,buah anggur sudah kering,dan pokok zaitun sudah layu.

Yoel 1