11. Bangsa Siria di timur dan bangsa Filistin di barat telah mengangakan mulut untuk menelan Israel. Tetapi sekalipun semua itu terjadi, kemurkaan TUHAN masih belum padam; Dia masih hendak menghukum mereka.
12. Umat Israel masih belum bertaubat. Walaupun TUHAN Yang Maha Kuasa telah menghukum mereka, tetapi mereka masih belum kembali kepada-Nya.
13. Dalam sehari sahaja TUHAN akan menghukum pemimpin-pemimpin Israel bersama-sama rakyat. Dia akan memenggal dan membuang kepala serta ekor Israel.