Yesaya 8:2-16 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Panggillah dua orang yang dapat dipercayai untuk menjadi saksi, iaitu Imam Uria dan Zakharia anak Yeberekhya.”

3. Tidak berapa lama kemudian isteriku mengandung. Apabila anak kami lahir, TUHAN berfirman kepadaku, “Namakanlah dia, ‘Curi Segera, Rampas Cepat.’

4. Sebelum anak itu dapat menyebut ‘Mak’ dan ‘Ayah’, semua harta kota Damsyik dan semua barang jarahan Samaria akan diangkut oleh raja Asyur.”

5. TUHAN berfirman lagi kepadaku.

6. Firman-Nya, “Kerana umat ini telah menolak air yang tenang dari Sungai Syiloah, dan mereka bersukacita di hadapan Raja Rezin dan Raja Pekah,

7. Aku, Tuhan, akan mendatangkan raja Asyur dengan seluruh angkatan perangnya untuk menyerang Yehuda. Mereka akan mara seperti air bah dari Sungai Efrat yang meluap-luap dan membanjiri tebingnya.

8. Mereka akan melanda Yehuda seperti banjir yang setinggi bahu dan menenggelamkan segala sesuatu.”Allah menyertai kita! Sayap-Nya yang terbentang menaungi negeri ini.

9. Berhimpunlah dengan ketakutan, hai bangsa-bangsa! Dengarlah, hai tempat-tempat yang jauh. Bersiaplah untuk berperang, tetapi hendaklah kamu takut! Ya, bersiap-siaplah, tetapi dengan rasa takut!

10. Buatlah rancangan-rancangan kamu, tetapi semuanya akan gagal! Ambillah keputusan, tetapi semuanya itu sia-sia, kerana Allah menyertai kami!

11. Aku dikuasai TUHAN dan diberikan amaran supaya tidak mengikut jalan yang ditempuh bangsa itu. Dia berfirman,

12. “Jangan berpakat dengan mereka, dan jangan takut akan hal-hal yang ditakuti mereka.

13. Ingatlah bahawa Aku, TUHAN Yang Maha Kuasa adalah suci. Akulah yang harus kamu takuti.

14. Kerana Aku sangat suci, Aku menjadi seperti batu sandungan, serta perangkap bagi rakyat Yehuda dan Israel, serta penduduk Yerusalem.

15. Banyak orang akan tersandung; mereka akan jatuh dan remuk. Mereka akan terperangkap.”

16. Kamu, pengikut-pengikutku, harus menyimpan dan memelihara perkhabaran yang telah diberikan Allah kepadaku.

Yesaya 8