Yesaya 8:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman kepadaku, “Ambillah sebuah batu tulis yang besar dan tulislah perkataan ini di atasnya dengan huruf-huruf yang jelas: ‘Curi Segera, Rampas Cepat.’

2. Panggillah dua orang yang dapat dipercayai untuk menjadi saksi, iaitu Imam Uria dan Zakharia anak Yeberekhya.”

3. Tidak berapa lama kemudian isteriku mengandung. Apabila anak kami lahir, TUHAN berfirman kepadaku, “Namakanlah dia, ‘Curi Segera, Rampas Cepat.’

Yesaya 8