15. Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.
16. Akulah yang memberikan hidup kepada umat-Ku. Aku tidak menuduh mereka terus-menerus, dan Aku tidak sentiasa murka terhadap mereka.
17. Aku murka terhadap mereka kerana dosa dan ketamakan mereka. Itulah sebabnya Aku menghukum dan meninggalkan mereka. Tetapi mereka degil dan tetap mengikut jalan sendiri.
18. Aku sudah melihat kelakuan mereka, namun Aku akan menyembuhkan mereka. Aku akan memimpin dan menolong mereka. Aku akan menghiburkan hati orang yang berkabung.
19. Aku memberikan kedamaian kepada semua orang, baik yang dekat mahupun yang jauh! Aku akan menyembuhkan umat-Ku.
20. Tetapi orang jahat seperti laut yang berombak dan tidak pernah tenang; arusnya membawa sampah dan lumpur.
21. Orang berdosa tidak akan selamat.”