Yesaya 57:12-16 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Kamu menyangka bahawa perbuatan kamu benar, tetapi Aku akan mendedahkan kelakuan buruk itu, dan berhala-berhala kamu tidak akan dapat menolong kamu.

13. Apabila kamu berseru minta tolong, biarlah berhala-berhala kamu menyelamatkan kamu! Berhala-berhala itu akan hilang diterbangkan oleh satu hembusan angin! Tetapi orang yang percaya kepada-Ku akan mewarisi negeri ini. Mereka akan menyembah Aku di dalam Rumah-Ku.”

14. TUHAN berfirman, “Biarlah umat-Ku kembali kepada-Ku. Binalah dan siapkanlah jalan! Singkirkanlah tiap-tiap halangan di jalan mereka!

15. Akulah Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Suci, yang hidup selama-lamanya. Aku tinggal di tempat yang tinggi dan suci, tetapi Aku tinggal juga bersama-sama orang yang rendah hati dan yang bertaubat daripada dosa, supaya Aku dapat memulihkan keyakinan dan harapan mereka.

16. Akulah yang memberikan hidup kepada umat-Ku. Aku tidak menuduh mereka terus-menerus, dan Aku tidak sentiasa murka terhadap mereka.

Yesaya 57