1. Apabila orang baik meninggal, tiada sesiapa pun mengerti atau mempedulikannya. Tetapi apabila mereka meninggal, mereka terlepas daripada malapetaka.
2. Mereka mendapat kedamaian dan rehat di dalam kubur.
3. Marilah, hai orang berdosa. Biarlah kamu diadili! Kamu sejahat tukang sihir, orang yang suka berzina, dan pelacur.
4. Siapakah yang hendak kamu permainkan? Hai pendusta, siapakah yang kamu tertawakan?
5. Kamu menyembah dewa-dewa kesuburan dengan melakukan hubungan jenis di bawah pokok-pokok keramat. Kamu mempersembahkan anak-anak kamu sebagai korban di celah-celah bukit batu, di lembah sungai.
6. Kamu mengambil batu-batu yang licin dari sungai, lalu menyembahnya sebagai berhala. Kamu mempersembahkan wain dan bijirin kepada berhala-berhala itu. Adakah kamu menyangka bahawa Aku berkenan dengan semua itu?
7. Kamu pergi ke puncak gunung yang tinggi-tinggi untuk mempersembahkan korban dan memuaskan nafsu berahi.
8. Kamu memasang berhala-berhala yang cabul di belakang pintu dan tiang pintu kamu. Kamu telah meninggalkan Aku. Kamu bertelanjang lalu naik ke katil yang besar bersama-sama kekasih kamu: orang yang kamu upah supaya berseketiduran dengan kamu. Dengan cara itu kamu memuaskan nafsu.