Yesaya 55:4-7 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa,dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka.

5. Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap;pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu,tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu.Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suciakan melaksanakan segala perkara ini;Aku akan mengagungkan kamu.”

6. Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.

7. Biarlah orang jahat meninggalkan cara hidup mereka,dan mengubah jalan fikiran mereka.Biarlah mereka kembali kepada TUHAN, Allah kita,kerana Dia berbelas kasihan dan sentiasa sedia mengampuni.

Yesaya 55