Yesaya 55:2-6 Alkitab Berita Baik (BM)

2. Mengapakah kamu membeli sesuatu yang tidak memuaskan?Mengapakah kamu bekerja untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan?Dengarlah firman-Ku dan turutlah perintah-Ku,maka kamu akan menikmati makanan yang terbaik.

3. Sekarang dengarlah, hai umat-Ku;datanglah kepada-Ku, lalu kamu akan hidup.Aku akan mengadakan perjanjian yang kekal dengan kamu,dan memberi kamu berkat yang Kujanjikan kepada Daud.

4. Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa,dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka.

5. Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap;pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu,tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu.Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suciakan melaksanakan segala perkara ini;Aku akan mengagungkan kamu.”

6. Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.

Yesaya 55