1. Bangsa itu menjawab,“Siapakah yang percaya akan laporan kami?Kepada siapakah kuasa TUHAN dinyatakan?
2. TUHAN menghendaki hamba-Nya membesarseperti tunas yang tumbuh di tanah gersang.Rupanya tidak elok ataupun tampan,sehingga kita tidak tertarik kepadanya.Tiada apa-apa padanya yang menarik hati,yang membuat kita mengingini dia.
3. Kita menghina dan menolak dia,dia menderita kesengsaraan dan kesakitan.Tidak seorang pun hendak memandang dia;kita pun tidak mempedulikan dia.
4. Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,penyakit kitalah yang dideritanya.Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya ituhukuman Allah baginya.
5. Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,kita disembuhkan kerana luka-lukanya.