4. Semasa kamu tinggal di Mesir sebagai orang bangsa asing, kamu pergi ke sana dengan kemahuan kamu sendiri. Lalu Asyur menawan kamu tanpa alasan.
5. Sekarang di Babilonia hal yang sama telah berlaku: kamu ditawan tanpa alasan. Mereka yang menawan kamu sentiasa memegahkan diri dan menghina Aku.
6. Pada masa yang akan datang, kamu akan mengakui bahawa Akulah Allah, dan bahawa Aku telah berfirman kepada kamu.”
7. Betapa baiknya melihat kedatangan utusan,dia datang melintasi pergunungan,dan membawa berita baik, berita kedamaian!Dia mengisytiharkan penyelamatan, dan berkata kepada Sion,“Allahmu memerintah!”
8. Para pengawal kota berteriak-teriak,mereka bersorak bersama-sama kerana sukacita.Dengan mata sendiri mereka melihatTUHAN kembali ke Sion.
9. Bersorak-soraklah, hai runtuhan Yerusalem!TUHAN akan menyelamatkan kota-Nyaserta menghiburkan hati umat-Nya.
10. TUHAN akan menggunakan kuasa-Nya yang sucidi hadapan semua bangsa.Dia akan menyelamatkan umat-Nya,dan seluruh bumi akan menyaksikannya.
11. Pergilah! Tinggalkanlah Babilonia,hai kamu yang membawa perkakas Rumah TUHAN!Janganlah sentuh apa-apa yang najis,sucikanlah diri kamu dan berangkatlah.
12. Kamu tidak akan pergi tergesa-gesaseperti orang yang melarikan diri.TUHAN akan memimpin kamu,Allah Israel akan melindungi kamu dari setiap penjuru.