1. Bangunlah, hai Yerusalem, bangunlah!Kuatkanlah hatimu! Kenakanlah pakaian kebesaranmu!Hai Yerusalem, kota yang suci,orang najis tidak akan memasuki pintu gerbangmu lagi.
2. Bebaskanlah dirimu, hai Yerusalem!Bangkitlah dan kebaskanlah debu yang melekat padamu.Putuskanlah rantai yang mengikat leher kamu,hai penduduk Sion yang tertawan!
3. TUHAN Raja berfirman kepada umat-Nya, “Ketika kamu menjadi hamba, kamu tidak dibeli dengan wang. Demikian juga ketika kamu dibebaskan, kamu tidak akan ditebus dengan wang.
4. Semasa kamu tinggal di Mesir sebagai orang bangsa asing, kamu pergi ke sana dengan kemahuan kamu sendiri. Lalu Asyur menawan kamu tanpa alasan.
5. Sekarang di Babilonia hal yang sama telah berlaku: kamu ditawan tanpa alasan. Mereka yang menawan kamu sentiasa memegahkan diri dan menghina Aku.