12. TUHAN berfirman,“Akulah yang menghibur kamu.Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana?Manusia seperti rumput yang cepat layu.
13. Adakah kamu sudah lupa akan TUHAN Pencipta kamu,yang membentangkan langit,dan meletakkan asas bumi?Mengapakah kamu sentiasa takut terhadap keganasan penindas,yang mahu membinasakan kamu?Keganasan mereka tidak dapat menyentuh kamu lagi.
14. Mereka yang sekarang ditawan akan segera dibebaskan;mereka tidak akan mati dan dikubur,dan tidak akan kekurangan makanan.
15. Akulah TUHAN, Allah kamu;Akulah yang menggelorakan lautsehingga ombaknya berderu.Nama-Ku TUHAN Yang Maha Kuasa!
16. Aku membentangkan langit,dan meletakkan asas bumi;Aku berfirman kepada Yerusalem, ‘Kamulah umat-Ku!Aku telah memberi kamu ajaran-Kudan melindungi kamu dengan kuasa-Ku.’ ”
17. Bangunlah, hai Yerusalem!Bangunlah dan bangkitlah!Kamu telah mengalami hukuman TUHAN,hukuman yang dijatuhkan kepadamu kerana kemurkaan-Nya,sudah kamu jalani sampai selesai.
18. Tiada sesiapa antara pendudukmu yang memimpinmu;tiada sesiapa antara penghunimu yang menuntunmu.
19. Kamu telah ditimpa dua bencana:negerimu dirosakkan oleh peperangan,dan pendudukmu kelaparan.Tiada sesiapa pun mengasihani dan menghibur kamu.
20. Di tiap-tiap sudut jalanpendudukmu jatuh kerana lemah;mereka seperti rusa yang terperangkap.Mereka telah merasai akibat kemurkaan Allah.
21. Hai penduduk Yerusalem yang menderita,kamu terhuyung-hayang seperti orang mabuk.
22. TUHAN, Allah kamu membela kamu.Dia berfirman, “Aku akan menjauhkan hukumanyang telah Kujatuhkan ketika Aku murka.Kamu tidak usah lagi menderita hukumanyang membuat kamu terhuyung-hayang.
23. Aku akan menjatuhkan hukuman itu kepada penindas kamu,kepada mereka yang menyuruh kamu berbaring di jalan,serta memijak-mijak kamu seolah-olah kamu ini sampah.”