10. Engkau juga yang mengeringkan laut,serta menyediakan jalan di tengah-tengah air,supaya mereka yang Engkau selamatkan dapat menyeberanginya.
11. Orang yang Engkau selamatkan akan tiba di Yerusalem dengan sukacita,mereka akan menyanyi dan bersorak-sorai.Mereka akan bersukacita dan bersukaria,bebas daripada duka nestapa selama-lamanya.
12. TUHAN berfirman,“Akulah yang menghibur kamu.Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana?Manusia seperti rumput yang cepat layu.
13. Adakah kamu sudah lupa akan TUHAN Pencipta kamu,yang membentangkan langit,dan meletakkan asas bumi?Mengapakah kamu sentiasa takut terhadap keganasan penindas,yang mahu membinasakan kamu?Keganasan mereka tidak dapat menyentuh kamu lagi.
14. Mereka yang sekarang ditawan akan segera dibebaskan;mereka tidak akan mati dan dikubur,dan tidak akan kekurangan makanan.
15. Akulah TUHAN, Allah kamu;Akulah yang menggelorakan lautsehingga ombaknya berderu.Nama-Ku TUHAN Yang Maha Kuasa!
16. Aku membentangkan langit,dan meletakkan asas bumi;Aku berfirman kepada Yerusalem, ‘Kamulah umat-Ku!Aku telah memberi kamu ajaran-Kudan melindungi kamu dengan kuasa-Ku.’ ”
17. Bangunlah, hai Yerusalem!Bangunlah dan bangkitlah!Kamu telah mengalami hukuman TUHAN,hukuman yang dijatuhkan kepadamu kerana kemurkaan-Nya,sudah kamu jalani sampai selesai.
18. Tiada sesiapa antara pendudukmu yang memimpinmu;tiada sesiapa antara penghunimu yang menuntunmu.
19. Kamu telah ditimpa dua bencana:negerimu dirosakkan oleh peperangan,dan pendudukmu kelaparan.Tiada sesiapa pun mengasihani dan menghibur kamu.
20. Di tiap-tiap sudut jalanpendudukmu jatuh kerana lemah;mereka seperti rusa yang terperangkap.Mereka telah merasai akibat kemurkaan Allah.