4. TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginankuuntuk mendengar ajaran-Nya bagiku.
5. TUHAN telah memberi aku pengertian,aku tidak memberontak atau berpaling daripada-Nya.
6. Aku memberikan belakangku kepada mereka yang memukul aku,dan pipiku kepada orang yang mencabut janggutku.Aku tidak memalingkan mukakuketika aku dihina dan diludahi.
7. Namun hinaan mereka tidak dapat menyakiti aku,kerana TUHAN Raja menolong aku.Aku menguatkan hatiku supaya tabah.Aku tahu aku tidak akan dipermalukan,
8. kerana Allah menyertai aku.Dia akan membuktikan bahawa aku tidak bersalah.Beranikah sesiapa menuduh aku?Marilah kita ke pengadilan.Biarlah dia mengajukan tuduhan.