8. Malanglah kamu! Kamu membeli rumah dan ladang untuk menambah milik kamu. Tidak lama lagi habislah tempat tinggal bagi orang lain. Kamu sahaja yang akan menduduki negeri itu.
9. Aku mendengar TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Semua rumah yang besar dan indah ini akan menjadi reruntuhan tanpa penghuni.
10. Pokok-pokok anggur yang tumbuh di tanah seluas sepuluh hektar akan menghasilkan lapan liter wain sahaja. Seratus lapan puluh liter benih hanya akan menghasilkan lapan belas liter gandum.”
11. Malanglah kamu! Kamu bangun pagi-pagi dan mula minum minuman keras. Lalu kamu mabuk sehingga larut malam.
12. Dalam pesta-pesta kamu ada bunyi kecapi, gambus, tamburin, dan seruling, dan juga minuman wain, tetapi kamu tidak tahu akan apa yang sedang dilakukan oleh TUHAN.