Yesaya 5:4-13 Alkitab Berita Baik (BM)

4. Adakah hal lain yang harus aku buat, tetapi belum aku lakukan untuk ladang anggurku itu? Mengapakah buah masam yang dihasilkannya, dan bukan buah yang baik seperti yang aku harapkan?

5. Inilah yang hendak aku lakukan pada ladang anggurku itu: aku akan mencabut pagar di sekelilingnya, merobohkan tembok yang melindunginya, dan membiar binatang liar memakannya dan memijak-mijaknya.

6. Aku akan membiarkannya ditumbuhi lalang. Aku tidak akan memangkas pokok anggur ataupun menggemburkan tanahnya lagi. Sebaliknya aku akan membiarkannya ditutupi semak berduri. Bahkan aku akan melarang awan menurunkan hujan ke atasnya.”

7. Israel ialah ladang anggur TUHAN Yang Maha Kuasa;orang Yehuda ialah pokok anggur yang ditanam-Nya.Dia mengharapkan mereka melakukan yang baik,tetapi mereka melakukan pembunuhan.Dia mengharapkan mereka melakukan yang benar,tetapi yang kedengaran adalah suara mangsa mereka meminta keadilan.

8. Malanglah kamu! Kamu membeli rumah dan ladang untuk menambah milik kamu. Tidak lama lagi habislah tempat tinggal bagi orang lain. Kamu sahaja yang akan menduduki negeri itu.

9. Aku mendengar TUHAN Yang Maha Kuasa berfirman, “Semua rumah yang besar dan indah ini akan menjadi reruntuhan tanpa penghuni.

10. Pokok-pokok anggur yang tumbuh di tanah seluas sepuluh hektar akan menghasilkan lapan liter wain sahaja. Seratus lapan puluh liter benih hanya akan menghasilkan lapan belas liter gandum.”

11. Malanglah kamu! Kamu bangun pagi-pagi dan mula minum minuman keras. Lalu kamu mabuk sehingga larut malam.

12. Dalam pesta-pesta kamu ada bunyi kecapi, gambus, tamburin, dan seruling, dan juga minuman wain, tetapi kamu tidak tahu akan apa yang sedang dilakukan oleh TUHAN.

13. Kamu akan dibuang sebagai orang tawanan. Para pemimpin akan mati kelaparan dan rakyat jelata akan mati kehausan.

Yesaya 5