4. Aku berkata, “Aku telah berusaha, tetapi sia-sia saja!Aku telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa.”Namun aku percaya kepada TUHAN untuk membela perkaraku;Allah akan memberi aku ganjaran untuk usahaku.
5. Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku;Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya,untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya.TUHAN memberi aku kehormatan,Allahku adalah sumber kekuatanku.
6. TUHAN berfirman kepadaku,“Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku.Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat,tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsasupaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”
7. Allah Israel, Allah yang suci, Penyelamat Israel berfirmankepada orang yang sangat dihina,yang dibenci oleh bangsa-bangsa,yang menjadi hamba penguasa-penguasa,“Raja-raja akan melihat perbuatan-Ku,lalu berdiri untuk memberikan hormat.Para penguasa juga akan melihat hal itu,lalu sujud untuk memberikan hormat.”Hal ini akan berlaku kerana TUHAN telah memilih hamba-Nya;Allah Israel, Allah yang suci menepati janji-Nya.