Yesaya 49:15-25 Alkitab Berita Baik (BM)

15. Oleh itu TUHAN menjawab,“Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya,atau tidak mengasihi anak kandungnya?Sekalipun ibu melupakan anak,Aku tidak akan melupakan kamu.

16. Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu!Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.

17. Orang yang akan membina kamu semula segera datang,dan mereka yang membinasakan kamu akan segera pergi.

18. Lihatlah apa yang sedang berlaku di sekeliling kamu!Rakyat kamu mula berhimpun, mereka sedang pulang!Demi Aku, Allah yang hidup, Aku berfirman bahawakamu akan berasa bangga dengan rakyatmu,seperti seorang pengantin perempuan bangga dengan perhiasannya.

19. Dahulu negeri kamu musnah dan lengang,tetapi sekarang negeri itu terlalu kecilbagi orang yang hendak tinggal di situ.Mereka yang memusnahkan negeri kamu,akan pergi jauh daripada kamu.

20. Anak-anak yang dilahirkan dalam pembuanganakan berkata kepada kamu pada suatu hari kelak,‘Negeri ini terlalu kecil,kita memerlukan tempat tinggal yang lebih besar!’

21. Lalu kamu akan berkata dalam hati,‘Siapakah yang melahirkan anak-anak ini bagiku?Bukankah aku telah kehilangan anak-anakku,dan tidak dapat melahirkan anak lagi?Aku dibawa ke tempat pembuangan,siapakah yang membesarkan anak-anak ini?Aku ditinggalkan seorang diri,dari manakah anak-anak ini datang?’ ”

22. TUHAN Raja berfirman kepada umat-Nya,“Aku akan memberikan isyarat kepada bangsa-bangsa,lalu mereka akan membawa anak-anak kamu pulang;anak-anak lelaki kamu akan didukung,dan anak-anak perempuan kamu akan dijulang.

23. Raja-raja akan menjadi seperti bapa kamu,ratu-ratu akan menjadi seperti ibu kamu.Mereka akan sujud menghormati kamu;mereka akan menghormati kamu dengan rendah hati.Maka kamu akan sedar bahawa Akulah TUHAN;orang yang mengharapkan pertolongan-Ku tidak dikecewakan.”

24. Dapatkah kamu merebut jarahan dari tangan pahlawan?Dapatkah kamu membebaskan tawanan daripada orang kejam?

25. TUHAN menjawab, “Itulah yang akan berlaku.Tawanan akan dirampas dari tangan askar,dan jarahan akan direbut daripada orang kejam.Aku akan melawan orang yang melawan kamu,dan Aku akan menyelamatkan anak-anak kamu.

Yesaya 49