Yesaya 49:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dengarkan aku, hai penduduk pulau-pulau,penduduk negeri-negeri yang jauh!Sebelum aku dilahirkan, TUHAN telah memilih aku,dan melantik aku menjadi hamba-Nya.

2. Dia membuat kata-kataku tajam seperti pedang,Dia melindungi aku dengan tangan-Nya sendiri.Dia menjadikan aku seperti anak panahyang tajam dan siap untuk digunakan.

3. Dia berfirman kepadaku, “Hai Israel, kamu hamba-Ku;kerana kamu, orang akan memuji Aku.”

4. Aku berkata, “Aku telah berusaha, tetapi sia-sia saja!Aku telah menghabiskan tenagaku tetapi tidak mencapai apa-apa.”Namun aku percaya kepada TUHAN untuk membela perkaraku;Allah akan memberi aku ganjaran untuk usahaku.

5. Sebelum aku lahir, TUHAN telah melantik aku;Dia menjadikan aku hamba-Nya untuk membawa kembali umat-Nya,untuk mengumpulkan Israel, umat-Nya.TUHAN memberi aku kehormatan,Allahku adalah sumber kekuatanku.

6. TUHAN berfirman kepadaku,“Tugas yang lebih besar menanti engkau, hai hamba-Ku.Bukan sahaja engkau akan memulihkan kemuliaan umat Israel yang terselamat,tetapi Aku juga akan menjadikan engkau cahaya untuk menerangi bangsa-bangsasupaya seluruh dunia dapat diselamatkan.”

Yesaya 49