Yesaya 48:5-18 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Oleh itu sejak dahulu Aku berfirman tentang masa depan kamu,Aku mengisytiharkan hal-hal yang belum berlaku;supaya kamu tidak dapat berkatabahawa hal itu perbuatan patung berhala kamu.

6. Segala nubuat-Ku telah berlaku sekarang,kamu harus mengaku bahawa nubuat-Ku itu benar.Sekarang Aku bernubuat pula tentang hal-hal yang baru,rahsia-rahsia yang belum kamu ketahui.

7. Baru sekarang Aku melakukannya,belum pernah kamu mendengar hal itu,supaya kamu tidak dapat berkatabahawa kamu sudah mengetahui segala-galanya.

8. Aku tahu bahawa kamu tidak boleh dipercayai,kamu dikenal sebagai penderhaka.Itulah sebabnya kamu tidak mengetahuinya,dan tidak sepatah kata pun sampai ke telinga kamu.

9. Aku menahan kemurkaan-Ku,supaya orang memuji nama-Ku.Aku menahan kemarahan-Ku,supaya kamu tidak dibinasakan.

10. Aku telah menguji kamu dengan api kesengsaraan,seperti perak diuji di dalam relau.

11. Perbuatan-Ku ini bagi kepentingan-Ku sendiri,Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemar,atau membahagi kemuliaan-Ku dengan sesiapa pun.”

12. TUHAN berfirman, “Dengarlah, hai Israel,umat yang telah Kupanggil.Akulah Allah, satu-satunya Allah,yang pertama dan yang terakhir!

13. Tangan-Ku meletakkan asas bumi,dan membentangkan langit.Apabila Aku memerintah langit dan bumi menghadap,kedua-duanya datang dengan segera.

14. Berhimpunlah dan dengarlah, kamu semua!Tidak satu dewa pun dapat meramalkanbahawa orang yang Aku pilih itu akan menyerang Babel;dia akan menjalankan perintah-Ku.

15. Akulah yang telah berfirman serta memanggil dia;Aku memimpin dia dan memberi dia kejayaan.

16. Dekatilah Aku, dan dengarlah firman-Ku.Sejak permulaan Aku telah berfirman dengan terus terang,dan sentiasa menjadikan firman-Ku kenyataan.”Sekarang TUHAN Raja mengutus akudan memberi aku kuasa-Nya.

17. Firman Allah Israel, Allah yang suci,TUHAN Penyelamat kamu,“Akulah TUHAN, Allah kamu,Aku mengajar kamu apa yang baik bagi kamu,Aku memimpin kamu di jalan yang harus kamu tempuh.

18. Sekiranya kamu memperhatikan hukum-Ku,tentu kamu menerima berkat yang tidak putus-putusseperti sungai yang tidak pernah kering.Kamu akan terus-menerus berjayaseperti ombak laut yang tidak berhenti.

Yesaya 48