Yesaya 47:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN berfirman,“Hai Babel, turunlah dari takhtamu,dan duduklah di atas debu.Dahulu kamu seperti anak dara, kota yang tidak dijajah,tetapi sekarang kamu tidak lagi menarik ataupun manis!

2. Gilinglah tepung dengan batu kisaran;tanggalkanlah kain tudungmu,angkatlah kainmu sampai nampak betismudan seberangilah sungai-sungai!

3. Orang akan nampak kamu bertelanjang,dihina serta dipermalukan.Aku akan membalas dendam,dan tidak seorang pun Aku biarkan terlepas.”

4. Allah Israel, Allah yang suci, membebaskan kita,nama-Nya TUHAN Yang Maha Kuasa.

5. TUHAN berfirman kepada Babel,“Diamlah! Duduklah dalam kegelapan!Kamu tidak lagi disebutratu bangsa-bangsa!

6. Aku murka terhadap umat-Ku,Aku tidak menganggap mereka sebagai umat-Ku:Aku menyerahkan mereka ke bawah kuasamu,dan kamu tidak menunjukkan belas kasihan terhadap mereka;bahkan orang tua-tua pun kamu perlakukan dengan kasar.

7. Kamu berfikir bahawa kamu akan menjadi ratu selama-lamanya,kamu tidak cuba mengerti, ataupun memikirkan kesudahan semuanya.

8. Dengarlah, hai pencinta kesenangan,kamu menyangka bahawa kamu aman dan selamat,dan tiada sesiapa yang seperti kamu.Kamu menyangka kamu tidak akan menjadi balu,ataupun kehilangan anak-anakmu.

9. Tetapi dalam sesaat sahaja, dalam satu hari,kedua-dua hal itu akan berlaku.Sekalipun kamu menggunakan segala kuasa sihirmu,kamu akan kehilangan suami serta anak-anakmu.

Yesaya 47